Fadilat Dan Kelebihan Solat Dhuha – Menolak Kepapaan








Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasulullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha


Banyak hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya ialah dalam Riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadakau tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” 
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:

“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap thalil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagi ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” 
(Hadis Riwayat Al-Bukhri dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kita “An-Nurain”, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”

Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enama rakaat dan lapan rakaat. Menurun sebahagian ulama, jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu sebagaimana sebuah hadi yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:

“Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Untuk mengamalkan solat sunat Dhuha, bagi mereka yang bekerja, adalah dicadangkan mengambil wuduk di rumah terlebih dahulu. Selepas itu, kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja. In Shaa Allah, akan mendapat perlindungan Allah SWT semasa dalam perjalanan. Apabila sampai ke tempat kerja, boleh terus mengerjakan sembahyang sunat Dhuha.

Sumber: Sirap Limau






loading...

0 Response to "Fadilat Dan Kelebihan Solat Dhuha – Menolak Kepapaan"

Post a Comment